15, Manfaat Buah kulit akar daun Manggis Untuk Kesihatan dan Kecantikan
Buah manggis ternyata berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan, antioksidan, kaya vitamin C, antikanser, baik bagi jantung serta kulit manggis mampu menghambat pertumbuhan sel kanser hati, pencernaan, paru-paru, asma, leukimia, anti-inflamasi dan lain-lain.
Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Khasiat manggis datang dari kulit dan bijinya yang diperkaya dengan bahan ANTIOKSIDAN semulajadi. Fungsi utama antioksidan membuang segala RADIKAL BEBAS yang bakal membentuk TOKSIK didalam badan. TOKSIK yang berlebihan menyebabkan anda mudah diserang penyakit.
1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
8. Sembelit
Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
9. GOUT ?
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
* Ambil buah manggis
* Kupas
* Isi dia enak di makan
* Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
* Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
* Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
* Selamat Mencuba. Insyaallah!…
10. Penyakit kencing manis :
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..Petua.. yang baik…
* Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
* Basuh bersih2 daun manggis
* Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh)
* Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
* Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
11. Melancarkan Metabolisme Tubuh
*Caranya mudah sahaja*
# Korek bahagian dalam buah manggis yang lebih lembut dalam 2 hingga 3 biji. Pisahkan daripada kulit yang keras. Kemudian, kisar kulit sampai halus seperti krim. Anda boleh menambah perasa lain seperti gula, coklat atau avokado agar rasa tidak terasa pahit.
>>Hasilnya, anda akan buang air kecil dengan lebih lancar dan terhindar daripada senggugut. Minuman ini elok diminum secara rutin, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
12. Baik Untuk Kesihatan Mata
# Jadi, mulakan pengambilan air rebusan kulit manggis atau dalam bentuk suplemen secara rutin. Selain itu, anda perlu mengubah gaya hidup dengan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan mata.
>>Kulit manggis merupakan ubat herba yang baik untuk memperbaiki penglihatan mata terutamanya mereka yang menghidapi penyakit mata minus (miopia). Ia mampu mengaktifkan semula sel-sel mata yang sudah mati dan penglihatan akan menjadi semakin tajam.
13. Menyembuhkan Sakit Jantung
# Sebaiknya, ambil kulit manggis ini bersama olahraga kardio secara teratur untuk hasil terbaik.
>> Kulit manggis juga sangat baik untuk jantung. Kandungan kulit manggis akan memperkuat pembuluh darah dan mengaktifkan sel-sel jantung dengan cepat.
Insya-Allah, penyakit jantung tersebut akan sembuh.
14. Memperbaiki Masalah Pencernaan
# kisar kulit manggis bersama campuran air lalu minum dengan segera agar masalah cirit birit cepat sembuh. Jus kulit manggis juga boleh diminum dengan kerap untuk menyihatkan usus atau sebagai zat probiotik yang baik.
>>Kulit manggis tenyata mampu memperbaiki masalah pencernaan dengan cukup baik seperti cirit birit. Kulit manggis memiliki sifat antibakteria yang mengeluarkan racun serta kotoran yang ada dalam tubuh.
15. Baik Untuk Penderita Diabetes
# Minum jus kulit manggis setiap dua hari sekali untuk hasil yang terbaik. Selain itu, atur pola pemakanan anda agar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh tidak terlalu banyak.
__________________________________
UNTUK MANFAAT DAUN MANGGIS
Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis bnyak manfaat
1, untuk kencing manis
2, kolesterol
3, sengal sengal badan semakin ada peningkatan nya
manfaat. Insyallah
10 helai daun manggis
4 gelas air
Periuk tanah liat
Cara caranya
1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam
2. Renehkan daun manggis sehingga menjadi 2gelas air sahaja
Cara Minum
1. Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu
2. Minum 1 gelas air suam
3. 15 minit kemudian barulah sarapan pagi
mudah dan murah
Selamat Mencuba
SEMOGA BERMANFAAT
Diatas merupakan serba sedikit kegunaan manggis samaada buah, daun dan kulit ;bahkan akarnya dalam perubatan tradisional.
Perbanyak Lah Berzikir
Tidak ada komentar:
Posting Komentar